Dalam post ini cikgu akan memperkenalkan satu kaedah pembelajaran secara "Augmented Reality"
Apa itu "Augmented Reality"?
"Augmented Reality" adalah teknologi yang telah memantapkan imej yang dihasilkan oleh komputer melalui pandangan oleh pengguna dunia sebenar. Ini memberikan pandangan komposit ATAU bahasa yang lebih mudah berbentuk 3D. Gambar di bawah adalah bentuk "Augmented Reality" yang diambil gambarnya menggunakan perisian 'Zappar' . Perisian ini boleh dimuat turun di "APPLE atau "GOGGLE STORE"
atau ke laman web https://www.zappar.com/
Ingin mencuba?
1. Pertama anda perlu muat turun fail di pautan di bawah. Klik gambar di bawah untuk muat turun. Kredit kepada author kerana menyediakan fail ini:
2. Langkah dua. Selesai muat turun fail tersebut . Anda akan menjumpai fail bentuk gambar png. seperti gambar di bawah. Jika anda tidak menjumpai fail tersebut anda boleh muat turun di pautan di bawah:
3. Langkah tiga cetak fail (SATU GAMBAR SATU KERTAS). Ini memberi kesan 3D yang lebih jelas.
4. Muat turun aplikasi 'Zappar' di Goggle Store atau Apple Store
5. Imbas gambar menggunakan aplikasi 'Zappar sehingga muncul gambar 3D tersebut.
6. Ambil gambar kreatif anda bersama dengan label lengkap dan post gambar tersebut di ruangan komen.
SELAMAT MENCUBA!